Bekas tentera maut, kereta terbabas masuk gaung

Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM157 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, Kemaman pada Isnin.
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM157 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, Kemaman pada Isnin.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang bekas tentera maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Plaza Tol Cheneh, di sini pada Isnin.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika mangsa, Wan Nawang Wan Abdullah, 63, dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Nissan Almera dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Menurutnya, kenderaan tersebut turut terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya di sini pada Isnin.

Hanyan berkata, mayat Wan Nawang yang berasal dari Kampung Undang, Bukit Payong, Marang dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!