Troussier ganti Hang-seo di Vietnam

Troussier - Foto EPA
Troussier - Foto EPA
A
A
A

PHILIPPE Troussier menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengetuai Vietnam, menyasarkan penampilan pertama Piala Dunia untuk gergasi Asia Tenggara tersebut.

Pengendali kelahiran Perancis berusia 67 tahun itu yang menggantikan Park Hang-seo dari Korea Selatan, telah melatih dua dozen pasukan kebangsaan dan kelab sepanjang kariernya sebelum ini.

Beliau pernah mengetuai Jepun merangkul kejuaraan Piala Asia pada 2000 dan bertanggungjawab ke atas tuan rumah bersama pada Piala Dunia 2002.

Troussier juga berpengalaman mengendalikan kelab Ligue 1 Perancis, Marseille pada 2004-2005, diikuti dengan tugas di China dan Tunisia.

Untuk rekod, beliau pernah menjadi jurulatih Vietnam Bawah-19 pada 2019.

Vietnam, yang menduduki tempat ke-96 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), bersiap sedia untuk kempen Piala Asia 2023 di Qatar, dengan tarikh kejohanan itu masih belum disahkan.

Tetapi Troussier menyatakan dengan jelas bahawa dia mempunyai pandangan yang lebih tinggi.

“Perluasan kepada 48 pasukan pada Piala Dunia 2026 adalah peluang untuk Vietnam. Ini adalah matlamat utama yang kita semua sasarkan,” katanya semasa majlis menandatangani perjanjian di Hanoi.

Untuk rekod, kontrak Troussier bermula dari Mac 2023 hingga Julai 2026.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!