KPMS salur sumbangan RM11,500

Latiffah (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin (tiga dari kiri) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Latiffah (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin (tiga dari kiri) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare kini telah melepasi sasaran awal dengan jumlah terkini sumbangan meningkat kepada hampir RM270,000.

Terbaru, Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS) telah menyumbang sebanyak RM11,500 dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Penyerahan itu dilakukan oleh Yang Dipertua KPMS, Latiffah Sidek kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin.

Menurut Latiffah, idea mengutip sumbangan dalam kalangan ahli kelab itu tercetus apabila melihat laporan media memaparkan keadaan mangsa bencana gempa bumi yang menyayat hati.

“Saya tertanya, kenapa kita dekat sini boleh tenang sahaja? Sedangkan saudara seagama kita di sana ditimpa bencana. Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif segera untuk mengumpul dana buat mangsa bencana di Turkiye dan Syria.

“Alhamdulillah dalam masa tiga hari sahaja, kami berjaya mengumpul dana sehingga RM11,500. Kami tersentuh bila ada sukarelawan yang sanggup merisikokan diri untuk memberi bantuan, maka tiada masalah jika kita mahu mengumpul dana dan salurkan kepada mangsa di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk turut sama membantu mangsa atas semangat kemanusiaan.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, pihaknya terharu dengan sokongan luar biasa daripada NGO dan badan korporat, sekali gus membuktikan Sinar Harian adalah sebuah jenama yang dipercayai.

Nik Justin
Nik Justin

Katanya, Sinar Harian telah melancarkan tabung sumbangan ini sejak 6 Februari lalu dan turut menghantar wartawan ke Turkiye untuk memantau dan membuat laporan mengenai sumbangan daripada tabung ini.

“Ia membuktikan Sinar Harian sentiasa telus dan tulus dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat sejagat, tidak kira di Malaysia atau di luar negara.

“Saya sangat gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan. Sepatutnya hari terakhir ialah pada 28 Februari tetapi ia telah berjaya melepasi sasaran lebih awal,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!