Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok
SHAH ALAM - Bekalan air di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dijangka pulih sepenuhnya pada Rabu.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pembaikan berikutan insiden paip pecah tersebut siap dilaksanakan pada jam 11:30 pagi, pada Selasa.
"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam pada Rabu," ciap agensi berkenaan menerusi kenyataan tersebut di laman Twitternya pada Selasa.
Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!