Nyawa pengguna, peniaga terancam

Chin Chen melihat kerosakan ketika meninjau pasar Bentong pada Isnin.
Chin Chen melihat kerosakan ketika meninjau pasar Bentong pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Majlis Perbandaran Bentong (MPB) digesa menyegerakan menyelesaikan isu kerosakan pada bangunan di pasar Bentong.

Timbalan Yang Dipertua Speaker Pahang, Lee Chin Chen berkata, gesaan itu dibuat kerana bimbang ia boleh mengancam keselamatan pengunjung dan peniaga di kawasan tersebut.

Menurutnya, namun MPB memaklumkan pihaknya tidak dapat membaik pulih pasar itu kerana masih menunggu peruntukan.

"Semalam (Isnin) saya telah menghubungi Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Seri Johari Harun, berkaitan dengan isu ini dan mengundangnya untuk melihat sendiri keadaan semasa pasar di sini.

"Beliau (Johari) telah memberikan jaminan untuk meneliti perkara ini. Namun saya tegas bahawa isu ini perlu diselesaikan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Chin Chen membuat meninjau bagi melihat gambaran sebenar keadaan pasaran itu selepas dilaporkan sebuah akhbar tempatan pada Jumaat.

Dalam akhbar terbabit menyiarkan keluh pengunjung dan peniaga di pasar terbabit selepas mendapat beberapa kerosakan pada bangunan pasar itu.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata, pasar Bentong merupakan salah satu tempat tumpuan penduduk di Bentong dan juga pengunjung luar.

"Saya menyeru tindakan segera daripada MPB berkaitan dengan isu ini," jelas beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!