Bukit Malawati ditutup sementara hingga Jumaat

Info grafik dikongsi MPKS di Facebooknya pada Selasa.
Info grafik dikongsi MPKS di Facebooknya pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pusat Pelancongan Bukit Malawati di sini ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan cerun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Selasa.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan perkara berkenaan dalam satu hantaran di Facebook rasmi PBT itu

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan cerun bermula 28 Februari itu dijangka berakhir pada 3 Mac ini.

"Penutupan sementara Pusat Pelancongan Bukit Malawati bermula 28 Februari hingga 3 Mac 2023 untuk kerja-kerja pembaikan cerun.

"Segala kesulitan amat dikesali," menurut hantaran itu di media sosial berkenaan.

Pada 25 Disember tahun lalu, kejadian runtuhan tanah berlaku di pusat pelancongan itu dipercayai berpunca daripada pokok berusia 50 tahun yang tumbang akibat hujan lebat disusuli angin kencang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!