Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ajaran sesat: Pengasas 'Asmaul Husna' didakwa

28 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2023

Bekas pensyarah yang merupakan pengasas ajaran 'Asmaul Husna' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada masyarakat Islam di kediamannya di Kuala Pilah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli dan Norafidah Assan.

Tertuduh Wan Maseri Wan Mohd, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ruzita Ramli selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lainnya bahawa dirinya merupakan 'Jurutaip Allah' dan roh manusia adalah daripada 'Zat Allah' dan segala tindakannya adalah berdasarkan arahan terus dari Allah.

Artikel: https://bit.ly/3Iz6AZH

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian