Infatino, Hamidin bincang masa depan bola sepak Malaysia

FIFA dan FAM
FIFA dan FAM
A
A
A

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Ginni Infatino dan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bertemu bagi membincangkan dan mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.

FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu berlangsung di Paris, Perancis pada Selasa.

Kenyataan itu menyatakan bahawa, FAM secara aktifnya telah terlibat dengan program Foward FIFA - satu mekanisme di mana FIFA membahagikan dana kepada 211 ahli persatuannya bagi projek pembangunan bola sepak - dan kedua-dua presiden itu telah dapat menilai semula kesemua program yang telah dilaksanakan sehingga kini.

“Sentiasa suatu yang baik untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia - yang telah menjadi contoh baik secara berterusan bersama-sama dalam program Foward FIFA, yang mampu memberikan impak mendalam dalam pembangunan bola sepak.

Hamidin
Hamidin

“Pertemuan hari ini memberi peluang yang baik untuk melihat kembali banyak perkara yang telah kami capai bersama dan melihat ke hadapan untuk apa lagi yang boleh kami lakukan pada masa akan datang,” kata Infantino.

Program yang dinyatakan Infantino itu termasuklah sokongan berterusan futsal dan liga bola sepak wanita di Malaysia, serta pengubahsuaian ibu pejabat dan pusat latihan FAM baru-baru ini, yang termasuk padang rumput dengan lampu limpah dan naik taraf gelanggang futsal ahli-ahli persatuan.

Sementara itu, Hamidin selepas pertemuan itu berkata: “Ia satu pertemuan Infantino yang amat bermakna. Pertamanya Infatino sebagai Presiden FIFA sentiasa menerima dan mengalu-alukan kesemua presiden persatuan, jika ada yang diperlukan untuk bertemu dan perbincangan penting hari ini ialah mengenai program Foward FIFA 3.0.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!