Pegawai bank ditahan guna maklumat pelanggan buat kad kredit

No Image Caption
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang pegawai bank tempatan semalam selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422 di Taiping, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Januari lepas.

"Pihak berkenaan telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.

"Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad,” katanya dalam kenyataan.

Razlam berkata, pegawai bank berkenaan direman empat hari hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!