Enam minggu terasa enam bulan

Tielemans
Tielemans
A
A
A

PEMAIN tengah Leicester City, Youri Tielemans akan diketepikan selama enam minggu, kata pengurus Brendan Rodgers pada Rabu.

Pemain sensasi Belgium itu mengalami kecederaan buku lali selepas masuk sebagai pemain gantian ketika dijinakkan Arsenal hujung minggu lalu.

Perkembangan itu menyebabkan Tielemans terlepas aksi Piala FA yang menyaksikan The Foxes tewas 1-2 kepada kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers di Stadium King Power.

"Youri akan diketepikan selama enam minggu. Enam minggu akan terasa seperti enam bulan apabila anda kehilangan pemain yang berkualiti seperti dia.

"Dia mengalami kecederaan bahagian ligamen di buku lali. Dia tidak akan kembali sebelum rehat antarabangsa," kata Rodgers selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA yang mengakhiri kembara kelab Midlands itu.

Untuk rekod, Leicester kini hanya tiga mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, Rodgers mengakui kehilangan Tielemans tiba pada peringkat paling penting untuk kelab musim ini.

"Kami mempunyai beberapa perlawanan yang sangat penting sekarang dan satu-satunya tumpuan kini ialah mendapatkan pasukan terbaik yang mungkin kami dapat keluarkan setiap kali bermain dan melihat untuk mendapatkan keputusan.

"Jika kami boleh mempunyai keazaman itu dan berjuang untuk menyamai beberapa kualiti yang ada, kami akan memenangi perlawanan yang diperlukan. Tetapi ia pasti akan menjadi pertarungan berintensiti tinggi," katanya.

The Foxes akan bertandang ke Stadium St Mary's berdepan Southampton dalam perlawanan liga awal pagi Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!