Chelsea sudah jatuh ditimpa tangga

Thiago Silva
Thiago Silva
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang berbelanja mewah pada perpindahan pemain jendela Januari lalu, kini diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga.

Selepas pembelian para pemain luar biasa itu, kelab London tersebut kurang memberi kesan positif.

Prestasi skuad kendalian Graham Potter itu kini bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar seperti ketika di bawah kepimpinan Thomas Tuchel.

Terbaru The Blues berdepan ketempangan apabila pemain pertahanan tengah Chelsea, Thiago Silva mengalami kecederaan ligamen lutut yang menyaksikannya bakal terlepas perlawanan untuk tempoh lima ke enam minggu.

Pemain Brazil itu mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika Chelsea tunduk 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi liga pada Ahad.

Pemain berusia 38 tahun itu kini akan menjalani penilaian lanjut dan imbasan sekembalinya ke pusat latihan pada Selasa, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

“Hasil imbasan daripada penilaian tersebut telah mengesahkan kerosakan pada ligamen lutut Thiago dan dia kini akan bekerjasama rapat dengan jabatan perubatan kelab semasa pemulihannya untuk kembali beraksi secepat mungkin,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Kekalahan di Spurs memanjangkan prestasi buruk Chelsea di bawah Potter, dengan pasukan itu hanya memenangi dua daripada 15 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Chelsea berada di tangga ke-10 liga dengan 31 mata selepas 24 perlawanan, 14 mata di luar empat teratas akan melayan kunjungan Leeds United di Stadium Stamford Bridge pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!