Yang di-Pertua Negeri Sabah terima kunjungan hormat PM

Tun Juhar (kanan) menerima kunjungan hormat Anwar di Istana Seri Kinabal, hari ini.

 - Foto Bernama
Tun Juhar (kanan) menerima kunjungan hormat Anwar di Istana Seri Kinabal, hari ini.

 - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Perdana Menteri bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba pada pukul 9.30 pagi sebelum ke Dewan Kunjungan Khas untuk kunjungan hormat itu.

Anwar dan Dr Wan Azizah kemudian menandatangani buku kehadiran tetamu istana disaksikan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Tun Juhar dan Anwar mengadakan pertemuan selama kira-kira 35 minit sebelum Perdana Menteri beredar meninggalkan Istana Sri Kinabalu.

Kunjungan hormat Anwar itu julung kali diadakan selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Perdana Menteri yang berada di Sabah bagi lawatan rasmi dua hari sejak semalam, dijadual berlepas ke Manila, Filipina dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 11 pagi ini untuk melakukan lawatan rasmi ke negara berkenaan selama dua hari bermula hari ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!