Berlagak samseng jalanan, dua sekawan didakwa di mahkamah

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada Rabu. - Foto Awani
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada Rabu. - Foto Awani
A
A
A

KULAI - Tindakan dua sekawan yang berlagak seperti samseng jalanan dengan menghalang laluan dan menahan sebuah bas di tepi jalan, di sini, dua minggu lalu membawa padah apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, pada Rabu.

Tertuduh, S Hariprasat, 32, dan Kali Maniam, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua warga tempatan itu didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah dengan tujuan hendak mendatangkan cedera kepada seorang lelaki warga tempatan dengan niat menyebabkan kegentaran kepada mangsa, kira-kira jam 8.15 pagi 24 Februari lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Batu 21, Kulai Besar, di sini.

Manakala jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun, serta boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap seorang beserta seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan apda 3 April ini.

S Hariprasat diwakili Peguam Amarprret Singh, manakala M Kali tidak diwakili peguam.

Kes dikendali Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohammad Dzulkhairi Saat. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!