Kereta hanyut, dua pekerja Alam Flora nyaris lemas

Gambar kiri: Mohd Shah (kanan) dan Mohd Izwan berjaya keluar dari kereta yang tenggelam selepas dihanyutkan limpahan air di jalan lama Mawn-Jerantut di Kampung Jara, Maran pada awal pagi Rabu. Gambar kanan: Keadaan lokasi kejadian di jalan lama Maan -Jerantut di Kampung Jara, Maran yang berlaku limpahan air akibat hujan lebat.

A
A
A

KUANTAN - Dua pekerja syarikat Alam Flora nyaris lemas selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus air yang melimpah di atas jalan sebelum dihanyutkan ke dalam sungai berhampiran dan tenggelam.

Kejadian berlaku di jalan lama Maran-Jerantut di Kampung Jara, Maran kira-kira jam 6 pagi pada Rabu.

Eksekutif Operasi Alam Flora Maran, Ahmad Irsyad Syafiq Mohamed, 35, berkata, ketika kejadian, mangsa, Mohd Shah Bahanan, 38, dan rakannya Mohd Izwan Ismail, 30, yang menaiki kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan dari Jengka 20 ke tempat kerja di depoh Alam Flora Maran.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tidak menyedari laluan itu dinaiki air memandangkan keadaan jalan berselekoh dan gelap.

"Kereta dinaiki mereka termasuk ke dalam air menyebabkan enjinnya mati sebelum terapung dan dihanyutkan ke sungai berhampiran.

"Kedua-dua mangsa tenggelam bersama kereta namun berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, mangsa sempat berenang ke tebing dan berpaut pada pelepah kelapa sawit.

"Kebetulan ada pekerja Alam Flora lain yang turut melalui jalan itu melihat mangsa dan berhenti untuk membantu," jelasnya.

Tambahnya, kereta mangsa yang tenggelam dipercayai masih berada di dalam sungai terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!