Lelaki hanyut bersama kereta, korban pertama banjir di Johor

Anggota polis membawa mayat Sarathkumar yang ditemui mati dalam kereta yang di hanyutkan air deras di Jalan GSA Chamek, Paloh, Kluang, pada Rabu
Anggota polis membawa mayat Sarathkumar yang ditemui mati dalam kereta yang di hanyutkan air deras di Jalan GSA Chamek, Paloh, Kluang, pada Rabu
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di negeri ini apabila ditemukan meninggal dunia selepas kereta dinaiki dihanyutkan air deras di Jalan GSA Chamek, Paloh, dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 7.20 pagi itu melibatkan mangsa, K Sarathkumar yang berusia 20-an sedang memandu seorang diri di lokasi kejadian.

"Anggota Balai Polis Chamek menerima laporan kejadian berkenaan semasa mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

“Usaha mengesan mangsa dilakukan sebelum pada jam 12.20 tengah hari sebuah kereta jenis Toyota Avanza ditemui dalam keadaan ditenggelami banjir," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menjumpai mangsa dan didapati telah meninggal dunia sebelum mayat dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!