Penduduk Felda Selancar, Perwira Jaya terputus hubungan
KUANTAN - Penduduk Felda Selancar dan Perwira Jaya, Rompin terputus hubungan apabila jalan utama ke kawasan itu runtuh akibat limpahan air deras pada Rabu.
Polis Daerah Rompin memaklumkan, laluan itu kini ditutup bagi kedua-dua arah.
Kira-kira jam 10 pagi, Jalan Selancar 3 menghala ke Felda Redong juga ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam kira-kira 0.9 meter.
Berdasarkan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), daerah Rompin dan Pekan menerima hujan lebat berterusan (tahap bahaya) sejak Selasa dan dijangka berterusan hingga Khamis.
Sementara hujan lebat berterusan (tahap buruk) berlaku di Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!