'Patut doa yang baik-baik'

Amirudin pada sidang akhbar di bangunan Parlimen.
Amirudin pada sidang akhbar di bangunan Parlimen.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang seharusnya mendoakan perkara yang baik-baik terhadap Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai seorang tokoh agama, Ahli Parlimen Marang itu perlu mempamerkan imej Islam sebenar dan bukannya mengeluarkan kenyataan tidak selaras agama.

“Doa ini biasanya yang baik-baik sahaja, kalau kita doa buruk-buruk (maka) tak kena dengan kaedah dan juga cara Islam,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Rabu.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang menjangkakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Sebelum ini media melaporkan, Abdul Hadi membuat jangkaan demikian ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya tersebut dibuat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!