Legenda Perancis, Just Fontaine meninggal dunia di usia 89 tahun
LEGENDA Perancis, Just Fontaine, yang mencipta sensasi pada Piala Dunia 1958 apabila merekodkan 13 gol dalam satu edisi pusingan akhir meninggal dunia, lapor L'Equipe pada Rabu.
Fontaine yang berusia 89 tahun menjaringkan 30 gol daripada 21 penampilan untuk Perancis antara 1953 hingga 1960.
Pada 1958, beliau memainkan peranan penting dalam Les Bleus mara ke separuh akhir di Sweden.
Seorang penyerang prolifik dengan 259 gol daripada 283 perlawanan dalam karier kelabnya, Fontaine antara pemain utama kelab Ligue 1 Perancis, Stade de Reims yang mara ke final Piala Eropah pada 1959.
Reims, yang memenangi tiga gelaran liga utama Perancis bersama Fontaine, tewas 0-2 kepada Real Madrid tetapi ‘Justo’ berakhir sebagai penjaring terbanyak kejuaraan dengan 10 gol.
“Pemikiran untuk Just Fontaine,” juara Perancis Paris St Germain menulis di Twitter.
Sebagai jurulatih, Fontaine membantu PSG naik pangkat ke Divisyen Satu pada 1974.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!