Ubat rawat kencing manis didakwa bantu kurangkan berat badan

Ubat Ozempic yang didakwa rawat kencing manis. - Agensi
Ubat Ozempic yang didakwa rawat kencing manis. - Agensi
A
A
A

PARIS - Ubat merawat penyakit kencing manis Ozempic menjadi fenomena di media sosial TikTok selepas dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan.

Fenomena itu menyebabkan kekurangan bekalan ubat sama di merata dunia sekali gus mendorong doktor untuk memberi amaran mengenai kesan sampingannya.

Video menggunakan tanda pagar #Ozempic ditonton oleh hampir 600 juta pengguna di TikTok di mana pengguna sering memberi perkembangan mengenai berat badan mereka yang semakin kurus.

"Berat badan turun 40 kilogram dalam masa kurang tiga bulan. Terima kasih kepada Ozempic" kata seorang pengguna TikTok warga Perancis.

Ubat suntikan diedarkan oleh syarikat farmaseutikal Denmark, Novo Nordisk pada awalnya dihasilkan dan diluluskan oleh sejumlah negara untuk merawat kencing manis tahap dua.

Ia memperlahankan proses penghadaman makanan dan mengurangkan selera makan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!