Juara Olimpik tarik diri dari Kemboja 2023

Joseph Schooling - Foto AFP
Joseph Schooling - Foto AFP
A
A
A

PEMENANG emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling dari Singapura, mengumumkan menarik diri daripada Sukan SEA 2023, apabila menyatakan dia tidak berada pada tahap terbaik bertanding di Kemboja.

“Selepas pertimbangan yang teliti bersama pasukan saya, saya memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan SEA.

“Ini bukan keputusan mudah, tetapi saya kini tidak berada pada tahap untuk beraksi. Akhirnya, negara saya didahulukan sebelum anugerah individu,” kata perenang berusia 27 tahun itu dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, Schooling menambah dia akan memberi tumpuan kepada tugas khidmat negara dan menyokong rakan sepasukannya.

“Saya memutuskan untuk memberikan tempat kepada rakan sepasukan yang telah bersiap sedia dan menumpukan pada tugas tentera laut saya,” katanya.

Untuk rekod, Sukan SEA 2023 akan berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei di Kemboja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!