Bufet Ramadan 'Cita Rasa Muhibah' di SACC
PUSAT Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan Cita Rasa Muhibah bermula 25 Mac sehingga 19 April ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Yusof Mahmud, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik hidup bersama sejak sekian lama.
"Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat majmuk ini, SACC memilih Cita Rasa Muhibah sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini," ujar Mohd Yusof kepada pemberita pada Rabu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Prebiu Bufet Ramadan SACC 2023 di SACC, Seksyen 14, Shah Alam yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Abad.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah SACC Convec Sdn Bhd, Azlina Amran.
Mohd Yusof menambah, chef SACC diketuai Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC.
"Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu kambing kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
"Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa seperti ayam bakar bersantan, kambing varuval, ikan stim ala nyonya, daging bakar masak lemak, udang goreng telur masin dan sebagainya.
"Tambahan lagi, SACC turut menyediakan gerai makanan yang menyajikan mi kari nyonya, apam lenggang, gerai mamak, aneka goreng-goreng, sup periuk dan banyak lagi," tambahnya.
Dengan hanya RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak (tujuh hingga 12 tahun), amat berbaloi dengan pakej ditawarkan dan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah dijamu secara percuma.
Bagi yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan melalui promosi istimewa kini berlangsung di laman sesawang SACC iaitu www.sacc.com.my/ramadan-buffet dengan hanya RM78 bagi promosi pembukaan enam hari awal dan RM88 bagi promosi pembelian awal Bufet Ramadan SACC 2023.
Dalam pada itu, menyedari unjuran agar memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil satu lagi inisiatif bekerjasama dengan MyFundAction dalam membantu mengumpul dana untuk penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-Kanak B40 di Selangor.
Mekanisme digunakan adalah melalui setiap baucar pembelian awal bufet Ramadan dijual dengan harga RM88, RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada program diamanahkan oleh MyFundAction.
Sementara itu, bagi pelanggan korporat, pakej korporat ditawarkan dengan harga bermula daripada RM98 lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, sistem audio dan visual khas buat tetamu yang diundang.
Untuk pakej ini, pihak yang berminat boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan untuk memastikan sambutan Ramadan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511 8858 dan perkembangan semasa juga boleh diikuti di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lebih terkini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!