Selangor kutuk serangan bom di Sri Lanka

Ucapan takziah oleh Menteri Besar, Amirudin Shari yang dikongsikan dalam laman twitter, semalam.
Ucapan takziah oleh Menteri Besar, Amirudin Shari yang dikongsikan dalam laman twitter, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pengeboman yang berlaku di Sri Lanka baru-baru ini yang disifatkan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Luahan tersebut dikongsikan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari melalui aplikasi Twitter hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya mengucapkan takziah berhubung kejadian berkenaan serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan tidak berperikemanusiaan di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 290 orang, termasuk warga asing.

"Ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga, ingatan dan doa saya untuk mereka.

"Paling menyedihkan apabila kejadian tersebut berlaku ketika penganut agama Kristian menyambut Easter Sunday sehingga ia mencemari hari kegembiraan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, angka kematian ekoran beberapa siri letupan bom yang menyasarkan gereja dan hotel terkemuka di Sri Lanka semalam kini meningkat kepada 290 orang.

Jurucakap polis Sri Lanka memaklumkan, angka mangsa cedera turut meningkat kepada 500 orang berbanding 450 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Lapan letupan terancang yang antara lain menyasarkan gereja katolik St Anthony di Colombo, gereja St Sebastian dan sebuah gereja di Batticola serta Hotel Shangri-La, Hotel Kingsbury dan Hotel Cinnamon Grand di ibu negara itu menerima kecaman ramai pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, Kaunselor Jerman Angela Merkel serta Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Luar Malaysia turut mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian berkenaan dan pada masa sama menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan supaya berhati-hati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!