Laluan KM73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup kerana tanah mendap
PEKAN - Laluan di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula pada Khamis ekoran berlaku tanah mendap dan hakisan.
Laluan ditutup sepenuhnya bermula jam 1 pagi sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.
Polis Daerah Pekan memaklumkan, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif dari arah Kuantan-lampu isyarat Paloh Hinai-Jalan Batu Balik-Pekan dan Jalan Segamat-Muadzam Shah-Leban Condong-Nenasi.
Menurutnya, tanda amaran dan isyarat sedang dipasang pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor jalan bertanggungjawab.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi tanda-tanda arahan yang dipasang dan berhati-hati semasa memandu.
"Maklumat terkini boleh didapati dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-4221999," jelasnya.
Ikuti perkembangan terkini dan dapatkan info banjir di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!