Bom Sri Lanka: Cubaan timbulkan panik, kata MB Kelantan

 Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan pengeboman yang menyasarkan gereja dan hotel di Sri Lanka merupakan cubaan mengganggu ketenteraman awam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia boleh mencetuskan rasa panik yang menjurus ke arah pergaduhan antara agama.

“Islam dan mana-mana agama di dunia, sangat mendokong keamanan dan keadilan.

“Semua agama menolak sekeras-kerasnya keganasan dan ekstremis dalam apa jua bentuk,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri Kelantan mengutuk serangan bom apabila menyasarkan gereja dan hotel sehingga mengakibatkan penduduk terbunuh dan tercedera.

Menurutnya, serangan tertumpu di tempat awam malah ketika sambutan hari perayaan Kristian iaitu hari Easter.

“Ucapan belasungkawa dan dukacita kepada semua keluarga mangsa yang terkorban.

Artikel Berkaitan:

sri lanka bom
sri lanka bom

“Ini merupakan elemen keganasan dan ekstremis yang mahu memecah-belahkan antara etnik dan agama,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian letupan di Sri Lanka cecah 290 orang

ARTIKEL BERKAITAN: Agong kutuk serangan keganasan di Sri Lanka

Ahmad berharap, Presiden Maithripala Sirisena dan kerajaan Sri Lanka menjalankan siasatan komprehensif dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Beliau juga berharap, rakyat negara itu kekal bersatu dan terus kuat dalam menghadapi situasi tragis ini.

Terdahulu, satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan lebih 200 orang.

Terdahulu, pada Ahad, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!