Cathay Pacific tawar 80,000 tiket ke Hong Kong

Cathay Pacific mempromosikan Kempen Hello Hong Kong dengan memberikan 7,000 tiket kepada rakyat Malaysia.
Cathay Pacific mempromosikan Kempen Hello Hong Kong dengan memberikan 7,000 tiket kepada rakyat Malaysia.
A
A
A

SEMPENA kempen World of Winners, ditaja oleh Airport Authority Hong Kong (AAHK) yang akan memberikan 500,000 tiket percuma kepada pelawat global, Cathay Pacific menawarkan 80,000 tiket penerbangan dua hala ke Hong Kong kepada penduduk di seluruh Asia Tenggara.

Cathay Pacific dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 7,000 tiket adalah untuk rakyat Malaysia.

“Inisiatif ini menyokong kempen Hello Hong Kong oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong ke bandar tersebut apabila sekatan perjalanan ditarik balik.

“Di Asia Tenggara, kempen tersebut dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Thailand, Singapura dan Filipina masing-masing pada 1, 2 dan 3 Mac 2023. Ia akan disusuli Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Kemboja secara berperingkat dua minggu kemudian,” jelas kenyataan itu.

Hong Kong Palace Museum.
Hong Kong Palace Museum.

Menurut kenyataan itu, kempen promosi Hello Hong Kong sedang dilancarkan di seluruh dunia untuk menghantar mesej positif mengenai Hong Kong kembali bersama tarikan dan pengalaman baharu yang menarik menanti pengunjung.

“Pelbagai tawaran mesra yang menarik daripada lebih 16,000 cawangan di seluruh bandar telah diatur oleh HKTB melibatkan sektor pelancongan dan perhotelan untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

“Antaranya, pada peringkat awal, sekurang-kurangnya sejuta baucar penggunaan pelawat 'Hong Kong Goodies' akan diberikan meliputi minuman alu-aluan percuma di bar, restoran dan hotel yang mengambil bahagian atau baucar tunai untuk ditebus dalam pengangkutan, sektor kulinari dan peruncitan serta tarikan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, untuk menyertai kempen tersebut, peserta mestilah menjadi ahli Cathay dan mereka boleh mendaftar untuk keahlian percuma di laman web Cathay Pacific.

Kempen itu akan berlangsung dari 16 Mac 2023 hingga 22 Mac 2023.

Hong Kong
Hong Kong



Dalam tempoh ini, ahli mesti melawati laman web kempen Cathay Pacific, log masuk menggunakan butiran keahlian Cathay mereka dan menjawab tiga soalan dengan betul. Hadiah akan diberikan kepada sehingga 7,000 peserta dengan jawapan yang betul.

Setiap ahli boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Pemenang akan diumumkan di laman web kempen pada 3 April 2023 dan akan menerima e-mel dengan butiran tentang cara menebus hadiah.

Pengurus Besar Serantau Cathay Pacific untuk Asia Tenggara, Dominic Perret berkata, apabila Cathay Pacific dan Hong Kong bangkit daripada tiga tahun yang mencabar dan pasaran mula pulih, pihaknya teruja untuk membina semula syarikat dan habnya.

“Sebagai syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini, kami berbangga menjadi sebahagian daripada kempen untuk mempromosikan Hong Kong di Asia Tenggara dan kami berharap pelanggan dapat merasai semua tawaran hebat yang Hong Kong tawarkan sebaik mereka menaiki penerbangan kami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!