Bas ekspres bawa 24 penumpang terbakar
TAPAH - Pemandu dan 24 penumpang sebuah bas ekspres terselamat selepas kenderaan dinaiki terbakar di hentian rehat dan rawat (RnR) Ladang Bikam dekat Bidor di sini pada Khamis.
Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Bidor pada jam 4.19 petang.
Ketua Operasi, Nor Azhan Noor Fauzi, berkata, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands.
"Kemusnahan hampir 80 peratus disebabkan terbakar. Bagaimanapun kesemua 24 penumpang dan seorang pemandu berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River serta Tapah.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.30 petang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!