Kepala kereta api penumpang dari Tumpat ke JB terbakar
TANAH MERAH - Bahagian kepala sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru terbakar di Taman Tasek Kiara di sini malam Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 10.36 malam sebelum dua pegawai dan 10 anggota serta dua jentera FRT dikerah ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 10.39 malam dan mendapati bahagian kepala kereta api tersebut sedang terbakar.
"Api berjaya dikawal pada 11 malam," menurutnya dalam kenyataan malam Khamis.
Beliau berkata, kejadian telah menyebabkan pemandu kereta api Ekspres Rakyat Timuran itu cedera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.
"Semua penumpang kereta api tersebut selamat. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!