Naza Kia buka Pusat 3S di Kota Bharu


Pusat 3S di Kota Bharu turut dilengkapi dengan ruangan menunggu yang selesa dan kemudahan surau.
Pusat 3S di Kota Bharu turut dilengkapi dengan ruangan menunggu yang selesa dan kemudahan surau.
A
A
A

NAZA Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, dijangka mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya di pantai timur selepas membuka Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) baharunya di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Kumpulan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, ruang pameran terkininya itu mempunyai keluasan kira-kira 3,500 kaki persegi bagi memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan pelanggan.

Katanya, ruang pameran yang dimiliki syarikat pengedar Raza Motors Sdn Bhd itu mampu memuatkan lima kenderaan pada setiap masa, selain melakukan kerja penyelenggaraan sehingga 100 kenderaan setiap bulan. Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, outlet baharu ini juga mempunyai sasaran jualan sebanyak 18 unit sebulan.

“Saya begitu kagum dengan pengedar di sini kerana sanggup melabur sehingga RM1 juta bagi membangunkan Pusat 3S yang lengkap termasuk mempunyai ruang jualan, khidmat selenggara kenderaan serta kemudahan alat gantian. “Selaku antara peneraju jenama antarabangsa bagi pasaran tempatan, Naza Kia Malaysia berharap dapat memberi perkhidmatan terbaik terutama kepada pelanggan sekitar pantai timur dengan pembukaan pusat baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pusat 3S itu turut dilengkapi dengan ruangan menunggu yang selesa berserta dengan kemudahan surau.

SM Nasarudin menambah, selepas pembukaan Pusat 3S Kota Bahru, pihaknya akan membuka enam lagi cawangan baharu di Lembah Klang, utara, selatan, pantai timur serta Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut atau untuk mengaturkan pandu uji di Kia Kota Bharu, sila layari www.kia.com/my.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!