Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara

Idrus
Idrus
A
A
A

SHAH ALAM - Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2023,” katanya.

Idrus, yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020 bagi tempoh dua tahun menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020.

Sebelum dilantik sebagai Peguam Negara, Idrus adalah Hakim Mahkamah Persekutuan selain pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!