Tawaran Epik sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada

Lazada menawarkan pelbagai tawaran menarik dan penjimatan kepada pelanggannya.
Lazada menawarkan pelbagai tawaran menarik dan penjimatan kepada pelanggannya.
A
A
A

LAZADA menerusi Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang diadakan bermula 2 Mac hingga 13 Mac 2023 merupakan festival membeli-belah 11 hari yang paling epik dengan pelbagai tawaran hebat, diskaun, ganjaran, shoppertainment menarik dan penjimatan berganda.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, sempena ulang tahun yang ke-11 ini, Lazada membawakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih relevan, lancar di samping keceriaan shoppertainment dan yang paling penting tawaran pada harga yang berpatutan dan pembelian yang berbaloi sekali gus membolehkan orang ramai lebih berjimat.

“Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 kali ini juga merupakan peluang komersil untuk pelbagai jenama terkemuka di LazMall serta para penjual dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Lazada Marketplace untuk memaksimumkan keuntungan dan menggapai jutaan pelanggan di seluruh Malaysia.

“Sama ada pelanggan membeli produk dari penjual tempatan, mahupun luar negara atau jenama antarabangsa, yang pastinya orang ramai akan jimat apabila mereka membuat tindanan baucar, digandakan dengan diskaun, ganjaran dan baucar Penghantaran Percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Chan berkata, pelanggan boleh berjimat dengan tindakan baucar, 'cashback' tiap hari, Lazada Bonus, LazCoins dan baucar penghantaran percuma.

Lazada menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang diadakan bermula 2 hingga 13 Mac depan.
Lazada menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang diadakan bermula 2 hingga 13 Mac depan.

“Bermula 3 hingga 5 Mac 2023, nikmati diskaun hingga 90 peratus untuk jenama terpilih di LazMall menerusi 'Crazy Brand Mega Offers'. Pelanggan juga boleh merebut produk dengan harga terendah menerusi promosi Mesti Beli.

“Chup Dulu pula menjanjikan kepada pelanggan penjimatan berganda dengan hanya meletakkan deposit terlebih dahulu sebelum bermulanya Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada pada 2 Mac, jam 8 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Diskaun Jualan Hebat Ulang Tahun, Ain Edruce dan Duta Jenama Lazada, Nora Danish dan Nabila Razali serta tetamu selebriti Dolla dan Tasnim Shah akan memberikan kata kunci tertentu yang boleh dikumpulkan sepanjang enam episod LazLive..

“LazLive akan disiarkan secara serentak di YouTube, Facebook, TikTok, dan Twitter Lazada Malaysia pada 2 Mac 2023, jam 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada 3 hingga 7 Mac 2023, jam 9 malam hingga 11 malam.

“Setiap strim langsung LazLive akan memaparkan tawaran dari pelbagai jenama terkemuka, di mana penonton juga boleh mengundi untuk mendapatkan penjimatan dan diskaun tambahan, serta peluang untuk memenangi baucar istimewa bernilai lebih daripada RM50,000,” katanya.

Lazada juga menawarkan pelbagai tawaran istimewa lain antaranya menerusi Kotak Kejutan, pelanggan juga berpeluang mendapatkan produk unik dan terkini dari LazGlobal, Taobao dan Pertandingan Motor 3.3 Grand Giveaway.

Sepanjang Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada, pelanggan boleh membeli baucar digital pada harga diskaun untuk pelbagai pilihan makanan, pakej percutian dan tiket untuk pelbagai tarikan.

Pengguna juga boleh mencuba Cabaran Bestie Lazzie untuk mengetahui profil unik membeli-belah mereka berdasarkan perjalanan beli-belah dalam talian mereka selama ini, sebagai ganjaran bonus, mereka yang berkongsi profil unik di media sosial dengan tanda pagar #LazadaMY11Birthday boleh mengumpul ganjaran dan baucar eksklusif.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!