Terminex serlah kehebatan wanita
Pecah dominasi lelaki dalam perniagaan kawalan serangga dan makhluk perosak
Di Malaysia waima di seluruh dunia, industri kawalan serangga perosak (pest control) biasanya didominasi oleh kaum lelaki.
Namun, Intan Noorafniza Anuar membuktikan sebaliknya. Ujar beliau, frasa yang mengatakan ‘wanita tak boleh buat kerja berat, itu tugas lelaki’ sudah tidak relevan lagi.
Selaku Ketua Pegawai Operasi, Terminex Pest Control Sdn Bhd, Intan Noorafniza berkata, bidang yang diceburinya mampu pergi jauh lebih-lebih lagi selepas dunia dilanda virus Covid-19.
“Wabak tersebut telah menjadikan bidang ini sebagai perkhidmatan yang penting. Kami ingin membantu lebih ramai pihak dalam mendepani dan menyelesaikan masalah itu, sekali gus mewujudkan persekitaran yang sihat,” katanya.
“Dari aspek menjana idea, komunikasi, jualan, pemasaran, khidmat nasihat, cadangan, modul pembelajaran dan latihan juga dipelopori oleh wanita yang terlatih dan berpengalaman,” ujarnya.
Malah, pakar entomologi (Ahli Kaji Serangga) turut terdiri daripada kaum Hawa yang sangat berdedikasi di Terminex yang sudah bertapak sejak 30 tahun lalu.
Apa yang ditawarkan di Terminex? Menurut Intan Noorafniza, secara umumnya, mereka mengendalikan servis-servis seperti berikut:
1. Menawarkan Pelan Perlindungan Anai-anai secara eksklusif termasuk khidmat daripada pakar entomologi.
2. Terminex merupakan pusat sehenti bagi pengurusan kawalan serangga dan makhluk perosak bersepadu.
3. Turut menjalankan perkhidmatan fumigasi, kawalan kulat dalam bangunan dan pengurusan kesihatan awam.
4. Menyediakan latihan yang berkaitan serangga perosak dan fumigasi, membekal bahan kimia dan peralatan kawalan serangga serta makhluk perosak.
5. Mempunyai perkhidmatan membaiki peralatan atau mesin khusus dalam bidang kawalan serangga.
6. Menawarkan perkhidmatan kawalan burung, haiwan liar, kelawar, pepijat, kutu, hama dan sebagainya.
7. Servis pembasmian kuman dan sanitasi.
“Terminex juga merupakan syarikat PCO (Pest Control Operator) pertama yang melaksanakan bengkel latihan berkaitan serangan kulat dalam bangunan. Kami berazam bagi melahirkan lebih ramai lagi PCO yang kompeten dalam memberi perkhidmatan ini terutama di bangunan-bangunan yang dikategorikan ‘sakit’ untuk diduduki,” kata beliau sambil memberitahu pihaknya juga banyak menjalin kerjasama dengan kolej swasta dalam melatih dan membantu belia yang berminat untuk menjadikan industri itu sebagai kerjaya.
Namun, bagi Terminex, kejayaan terbesar mereka adalah berjaya membina satu unit mesin Ultra Low Volume (ULV) bagi kawalan nyamuk yang juga telah mendapat pengiktirafan SIRIM.
Ujar Intan Noorafniza lagi, di syarikatnya turut menawarkan pakej Pelan Perlindungan Anai-anai yang turut juga dikendalikan oleh kaum Wanita.
Seperti yang diketahui ramai, anai-anai merupakan serangga perosak yang sangat kompleks dan kerja-kerja kawalan yang dijalankan perlu teliti.
“Sehubungan itu, kami secara konsisten melatih pekerja untuk mengetahui kaedah pemeriksaan dan rawatan yang bersesuaian berdasarkan kes yang dihadapi pelanggan.
“Ini kerana dalam setiap kes, teknik rawatan tidak sama. Ia turut bergantung kepada senario dan laporan yang diberikan oleh pakar entomologi kami,” ungkapnya.
Pelan Perlindungan Anai-Anai, kata Intan Noorafniza, merupakan pakej jangka masa panjang yang disarankan Terminex kepada pelanggan agar dapat memelihara kediaman daripada serangan anai-anai.
Paling menarik, ia memberi jaminan terhadap perabot atau peralatan yang telah dirosakkan oleh serangga tersebut.
Kaedah fumigasi dan cabaran
Sebagai tambah nilai, syarikat milik Bumiputera dan mendapat pensijilan ISO itu turut menggunakan kaedah fumigasi bagi kawalan serangga dan makhluk perosak.
Teknik tersebut perlu diawasi dan dilaksanakan oleh mereka berlesen yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja, beritahu Intan Noorafniza.
“Menariknya lagi, kami juga mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam menawarkan perkhidmatan fumigasi kepada kapal-kapal milik kerajaan, swasta dan pemilik antarabangsa.
“Kakitangan kami sangat kompeten mengendali gas ini dan ada antara mereka yang mempunyai lesen BOSIET bagi [Membolehkan menjalankan kerja-kerja di pelantar minyak.],” terangnya.
“Kami berdepan dengan isu seperti iklan ‘over claim’ di media sosial tanpa kelulusan Lembaga Racun Makhluk Perosak termasuk syarikat yang tak berlesen, tetapi beri perkhidmatan seumpama ini kepada pengguna.
“Namun, kami melihat ia sebagai cabaran yang positif dan akan secara berterusan berkongsi kepada orang ramai mengenai kesedaran bahaya penggunaan racun serangga yang tidak sah dan lain-lain servis yang dijalankan di Terminex,” katanya.
Sebelum melabuhkan tirai perbualan, Intan Noorafniza sempat menitipkan pesanan kepada para wanita yang berminat untuk menceburi bidang kawalan makhluk perosak.
Sebelum itu, ungkap beliau, bidang yang diterajuinya mempunyai masa hadapan yang sangat cerah, walaupun ekonomi mengalami kegawatan.
Pun demikian, masalah serangga terus meningkat dan keperluan kepada perkhidmatan itu sentiasa ada.
“Jika ada yang berminat, nasihat saya, jangan malu. Dapatkan mentor yang aktif dalam industri ini, rajin untuk turun ke lapangan bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi pelanggan. Untuk mahir, anda juga perlu menjalani pelbagai bentuk latihan,” katanya.
Terakhir, kata pemimpin wanita masa depan itu, beliau ingin melihat Terminex dapat melebarkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi, sentiasa memberi yang terbaik kepada pelanggan, menjaga dan meningkatkan kualiti kerja sedia ada. Beliau turut berharap agar masyarakat dapat terus memberi sokongan kepada syarikat tempatan yang menjalankan perkhidmatan ini.
INFO
TERMINEX PEST CONTROL SDN BHD (HQ)
Mobile: (60)19-250 8882 Tel: (60)3-6188 2888 Faks: 03-6189 9888
mel: info@terminex.com.my
Laman web:https://www.terminex.com/
EAST COAST REGIONAL OFFICE (TERENGGANU)
Mobile: (60)13-693 1811 Tel: (60)9-825 1881
Email: info@terminex.com.my
NORTHERN REGIONAL OFFICE (PERAK)
Mobile: (60)11- 3788 9325 Tel: (60)5 - 373 1333 /1222
Email: inquiry@terminex.com.my
Facebook: Terminex Pest Control Malaysia
Instragram: terminexpestcontrol.my
Youtube: Terminex Tv
Twitter: terminexpestmy
Tiktok: terminexpestcontrol
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!