Ibu harap Acap pulang sebelum Ramadan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Esok genap sebulan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang semasa menyertai perlumbaan lasak berkenaan sejak 23 Mac lalu.

Namun, jauh di sudut hati ahli keluarganya masih berharap Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap akan pulang ke pangkuan mereka dengan selamat.

Tidak pernah sekali pun berputus asa atau menyerah sahaja, mereka yakin kuasa doa dapat mengatasi segala-galanya.

Lagi-lagi doa dari seorang ibu.

Itulah kata abang kepada Acap, Mohd Zahiruddin Hassan, 35, yang sentiasa memberikan aura positif kepada keluarganya.

Tidak pernah terlintas akan perkara ini berlaku, namun reda atas segala janji Tuhan ini membuatkan mereka sekeluarga sentiasa berharap dan terus berdoa agar akan ada keajaiban berlaku, tambahan menjelang Ramadan dua minggu lalu.

"Mak tak pernah berhenti berdoa agar usaha mencari Acap berhasil dengan dia ditemui dalam masa terdekat.

"Kami sekeluarga juga tak pernah putus asa mahupun meletakkan titik noktah ke atas pencarian Acap dan sentiasa positif terhadap sebarang usaha yang dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Harapan dan doa, dua perkara ini yang pegang dan memohon segala urusan kami mencari adik kesayangannya berakhir dengan berita gembira.

"Setiap masa... dalam solat atau apa juga yang kami lalukan, tak pernah berhenti berdoa dan terus berdoa.

"Kami nak sangat Acap balik untuk sama-sama sambut Ramadan dengan anak dan isterinya serta ahli keluarganya," ujarnya.

Melihat kepada kesungguhan ramai yang sama-sama mencari Acap, hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan.

"Terima kasih atas bantuan yang dihulurkan rakyat Malaysia termasuk pasukan keselamatan.

"Mudah-mudahan ada jejak dan tanda yang boleh bawa kita kepada Acap," katanya.

Ketika ditanya mengenai penemuan tulang di dalam Gua Kandu Sabtu lalu, Mohd Zahiruddin berkata, mereka sekeluarga yakin ia bukan milik adiknya itu.

"Kami serahkan kepada yang pakar untuk kenal pasti status tulang itu.

"Besar harapan kami... ia bukan milik Acap berdasarkan beberapa faktor.

Mohd Zahiruddin
Mohd Zahiruddin

"Tulang itu ditemukan oleh kumpulan saya yang melakukan pencarian di sekitar Gua Kandu sebelum memaklumkannya kepada penduduk kampung dan bomba," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Penduduk kampung cari Acap jumpa tulang

Tulang manusia atau tidak, tunggu laporan jabatan kimia, kata polis

Terdahulu, seketul tulang ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 1.30 petang, di sekitar Gua Kandu,ketika menjalankan operasi mencari Acap.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, tulang berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk dianalisis bagi menentukan sama ada ia tulang manusia atau haiwan.

Keputusan ujian sama ada tulang dan beberapa serpihannya yang ditemukan milik manusia atau haiwan hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan hingga dua bulan lagi.

Beliau berkata, jika keputusan analisis itu adalah tulang manusia, akan dilakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi melihat sama ada ia sepadan dengan DNA ibu Acap atau ahli keluarga lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!