Jumlah simpanan KWSP bumiputera menurun 70 peratus

Jumlah simpanan KWSP bagi bumiputera di negara ini menurun sebanyak 70 peratus.- Foto Bernama
Jumlah simpanan KWSP bagi bumiputera di negara ini menurun sebanyak 70 peratus.- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bumiputera di negara ini menunjukkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak 70 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelbagai pengeluaran berkaitan pandemik Covid-19 dengan ketara menghakis tahap simpanan KWSP bumiputera.

Menurutnya, secara keseluruhannya penengah atau median simpanan pencarum dilihat menurun pada tahun lalu berbanding sebelum pandemik.

"Sebelum Covid-19, median simpanan bagi bumiputera adalah RM15,500, manakala selepas Covid-19 adalah RM4,900.

"Ia diikuti kaum India dengan penurunan 40 peratus iaitu RM25,700 sebelum Covid-19 dan RM14,900 selepas Covid-19," katanya ketika taklimat prestasi kewangan KWSP di sini pada Sabtu.

Ia susulan pengeluaran RM145 bilion daripada dana simpanan KWSP ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Tambah Amir Hamzah, kaum Cina mencatatkan penurunan median simpanan terendah iaitu satu peratus iaitu RM45,800 sebelum Covid-19 dan RM45,200 selepas Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!