Dua premis dikendali pekerja warga asing diarah tutup

Serbuan dilakukan melalui Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan Warga Asing sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur
Serbuan dilakukan melalui Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan Warga Asing sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua premis perniagaan diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana dikendalikan oleh pekerja warga asing.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan itu dilakukan melalui Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan Warga Asing sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Dua premis dikenakan tindakan penutupan serta merta dan notis kompaun kerana membenarkan pembantu premis warga asing mengendalikan perniagaan.

“Selain itu, tujuh tindakan sita dan pindah barangan turut dibuat terhadap aktiviti penjajaan tanpa lesen yang menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan di tepi jalan dan kaki lima premis,” menurut DBKL dalam kenyataan.

Tindakan penutupan dan pemberian notis kompaun ke atas dua premis terbabit.
Tindakan penutupan dan pemberian notis kompaun ke atas dua premis terbabit.

Menurut DBKL, tindakan penutupan dan pemberian notis kompaun ke atas dua premis terbabit dibuat di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!