Kerajaan usaha tingkat kelajuan internet seluruh negara
SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.
Beliau berkata, pada masa ini, hanya kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara masih tidak mempunyai capaian Internet.
"Antara usaha yang telah dilakukan termasuklah peningkatan kapasiti rangkaian telekomunikasi, serta keupayaan infrastruktur sedia ada dan pembinaan menara telekomunikasi yang baharu.
"Selain itu, kerajaan beri tumpuan kepada pembangunan dan peningkatan kemudahan digital di luar bandar dan pedalaman, bagi memastikan kesamarataan akses kepada teknologi dan Internet di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengagihan Perantisiswa dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara, di sini pada Ahad.
Fahmi berkata, keutamaan kementeriannya pada masa ini ialah untuk mengatasi jurang atau kesenjangan digital yang berlaku. - Bernama
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!