Huawei tawar USD20,000 untuk pertandingan foto kreatif
SYARIKAT telefon pintar berteknologi tinggi, Huawei menganjurkan pertandingan fotografi bagi mempelawa orang ramai menghasilkan gambar yang kreatif.
Dengan bertemakan ‘Huawei Rewrites Rules of Photography’, pertandingan ini berlangsung selama sebulan dari 6 April hingga 5 Mei 2019.
Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil gambar dengan mana-mana telefon pintar Huawei yang turut disertakan watermark telefon pada gambar.
Hadiah menarik menanti pemenang antaranya Huawei P30 Pro, Huawei Nova 4, jam pintar Huawei GT dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, peserta juga boleh menggunakan gambar yang sama untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa, NEXT Image Awards yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD20,000 dan pelbagai hadiah lain.
Terdapat enam kategori untuk dipilih dan pengguna perlu menghantar gambar mengikut kategori tersebut:
1. Faces
Gunakan telefon pintar Huawei anda untuk gambar eksperimen identiti dan kuasa potret. Selagi ada tumpuan muka, anda mendapat kategori ini!
2. Going to distance
Menemui tempat-tempat baru dan pengalaman baru dengan menggunakan ciri-ciri baru dari kamera telefon pintar. Anda boleh gunakan teknologi baru telefon pintar seperti lensa - tele, sudut lebar yang luas atau kanta makro. Jika anda mengembara atau bercuti, anda akan melihat pemandangan yang sesuai untuk kategori ini.
3. Hello, Life!
Berkongsi emosi atau inspirasi melalui pengalaman harian. Sama ada perkara biasa atau yang luar biasa, ada emosi dan inspirasi dalam segala-galanya di sekeliling kita.
4. Storyboard
Cerita dalam sembilan bingkai grid foto yang membawa naratif yang menarik. Anda perlu bercerita melalui lensa kamera telefon pintar Huawei.
5. #Emotion Tag
Mengekspresikan emosi melalui fotografi. Tidak semestinya harus menjadi wajah dalam kategori konseptual ini, selagi emosi ditimbulkan oleh apa pun subjek yang ditekankan. Ini juga boleh merangkumi landskap dan lain-lain jenis komposisi fotografi.
6. Life Now
Pengisahan cerita dalam masa kurang 30 saat. Anda perlu merakam video apa sahaja, tidak kisah keindahan alam atau kehidupan untuk memenangi kategori ini.
Anda hanya perlu sediakan kapsyen paling kreatif untuk menceritakan tentang gambar tersebut dan muat naik di media sosial beserta hashtag.
Orang ramai boleh memilih untuk menyertai mana-mana platform media asalkan mengikut semua syarat yang dinyatakan:
Berita Harian - Peraduan Fotografi ‘Rakam Umpama Pro’https://www.bharian.com.my/umpamapro
Harian Metro - Jadilah Juara Gambar Huawei
https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei
The Star - #ColourfulLife Photo Contest
https://contests.thestar.com.my/colourfullife/
Sin Chew - #P30challenge
https://www.sinchew.com.my/content/content_2034018.html
Oriental Daily News - 华为手机摄影大赛
http://www.orientaldaily.com.my/s/285635
Pertandingan ini bertujuan bagi meneroka ekspresi visual dan budaya generasi akan datang melalui kanta kamera Huawei.
Para peserta boleh mengemukakan sehingga 30 gambar bagi setiap akaun. Huawei turut menyediakan hadiah saguhati untuk semua peserta pertandingan ini iaitu berupa baucer Huawei Malaysia bernilai RM50. Hanya dengan muat naik gambar, anda akan dapat baucer RM50.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Store Huawei atau Facebook Huawei.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!