Ronaldo hantar bantuan ke Syria, Turkiye

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

BINTANG Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menghantar bantuan barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Ronaldo menghantar pesawat penuh dengan bantuan ke kawasan yang musnah akibat bencana itu untuk membantu mereka yang terjejas.

Legenda Portugal itu membayar khemah, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi dan susu serta bekalan perubatan untuk misi kemanusiaan tersebut.

Sebelum itu, satu rakaman video menunjukkan Ronaldo menyapa seorang budak lelaki Syria yang menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas penyerang Real Madrid itu.

Ini bukan kali pertama Ronaldo membuat sumbangan yang besar.

Ronaldo pernah membayar £68,000 (RM 324,157) untuk membiayai pembedahan otak seorang kanak-kanak dan menderma £154,924 (RM738,526) untuk membantu membiayai pusat kanser di Portugal.

Dia yang juga duta untuk Save the Children, Unicef ​​dan World Vision, juga menyumbang £1 juta (Rm4.76 juta) kepada hospital Portugal semasa wabak Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!