Tembak isteri: Anggota polis direman tujuh hari
KANGAR - Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang menembak isterinya hingga maut dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, pada Ahad ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman dikeluarkan di Hospital Kangar oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor bermula 6 hingga 12 Mac ini.
Dalam kejadian terbabit, wanita berusia 26 tahun itu maut selepas ditembak dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 7.26 pagi.
" Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dikejarkan ke lokasi dan mengesahkan berlaku kejadian tembak," katanya.
Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di sini pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri maut ditembak anggota polis berpangkat Lans Koperal
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!