Dewan Belia tolak dakwaan Akademos doktrin sosialisme

Teoh Yee Chern (dua, kanan) pada sidang media, hari ini.
Teoh Yee Chern (dua, kanan) pada sidang media, hari ini.
A
A
A

IPOH - Dewan Belia Perak, hari ini menolak dakwaan bahawa Akademi Rakyat (Akademos) yang dilaksanakan kerajaan negeri medan bagi mendoktrin fahaman sosialisme.

Yang Dipertuanya, Teoh Yee Chern berkata, bengkel berkenaan sebaliknya mendedahkan peserta dalam hal-hal kenegaraan, demokrasi dan politik.

"Ini termasuklah membahaskan sistem kesultanan dan raja berpelembagaan bagi memastikan ia difahami. Ia hanyalah argumentasi tentang spektrum politik yang dunia telah ketahui bukan pertikaian betul mahupun salah," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung penggunaan modul politik dalam sebuah bengkel Akademos disertai anggota DUN Belia Perak, Oktober lalu.

Laporan Sinar Harian 18 April lalu.
Laporan Sinar Harian 18 April lalu.

Seorang moderator jemputan bengkel itu dikatakan mempersoalkan kewajaran penganugerahan darjah kebesaran kurniaan raja-raja Melayu seperti Tan Sri dan Datuk Sri di negeri ini dan mengetengahkan modul 'say no to Mahathirisme' yang secara terang menentang kepimpinan tertinggi negara.

Mengulas lanjut, Yee Chern berkata, setiap perkara yang dibangkitkan hanyalah bersifat perbincangan dan bukannya melibatkan apa-apa keputusan.

Katanya, seperti isu Mahathirisme, ia bukanlah berkenaan dengan diri perdana menteri itu tetapi merujuk kepada struktur kabinet, idealisme, pemikiran dan strategi yang memberi peluang peserta membuat penilaian.

Artikel Berkaitan:

"Kenyataan wakil rakyat BN itu mungkin dibuat kerana salah faham dan atas penilaian tidak tepat terhadap pengisian sebenar keseluruhan Akademos," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!