HWC Coffee sasar buka 40 cawangan

Jack Tan (kiri) dan Natasha Sass (kanan) sebagai HWC Friends.
Jack Tan (kiri) dan Natasha Sass (kanan) sebagai HWC Friends.
A
A
A

HWC Coffee Malaysia (HWC Coffee) menyasarkan untuk membuka 40 cawangannya di seluruh Malaysia pada tahun ini dan memperkenalkan kedai Flagship luar negara pertama di Brunei pada pertengahan April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng berkata, rangkaian kedai kopi itu juga akan mula mengendalikan kedai Flagship dan Akademi Kopi di Malaysia mulai Mei.

Menurutnya, sejak kedai jenama pertama HWC Coffee dibuka di sebuah pusat beli-belah di negara ini pada April 2022, rangkaian itu telah berkembang pesat dengan membuka 15 cawangannya dalam masa sembilan bulan sahaja.

“Pada tahun 2023, HWC Coffee berjaya melancarkan kedai mini di tiga bangunan rumah inap yang terkenal. Sehingga Februari, HWC Coffee mempunyai 18 cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ng berkata, HWC juga merancang untuk membuka cawangannya di Pulau Pinang pada April dan di bandar-bandar utama lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Flagship Store dan Akademi Kopi di Malaysia terletak di Lembah Klang dan dibuka pada Mei nanti.

“Kedai utama akan menyediakan pilihan kopi dalam kualiti dan harga yang berbeza untuk memenuhi pilihan pelbagai penggemar kopi manakala akademi kopi akan menekankan latihan barista, kursus pendek dan pengalaman kopi hujung minggu.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan klinik kopi unik HWC Coffee dari Taiwan ke Malaysia dan melibatkan pelanggan tempatan serta penggemar kopi dengan cara yang menarik," kata Ng.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan HWC Coffee, syarikat itu menganjurkan lawatan ke Taiwan pada awal Mac dengan menjemput pengamal media dari Malaysia dan Brunei, pencipta kandungan dan rakan niaga mengalami proses penuaian dan pemprosesan kopi, pemanggangan dan pembungkusan di mana HWC Coffee diasaskan.

“Matlamat program ini adalah untuk mempromosikan komitmen HWC terhadap konsep Dari Ladang ke Cawan dan profesionalisme HWC Coffee,” katanya.

Sementara itu, HWC telah mengumumkan pelantikan selebriti Malaysia, Jack Tan dan Natasha Sass sebagai HWC Friends.

Rangkaian kedai kopi itu juga akan melancarkan biji kopi bermusim serba baharu sempena pembukaan kedai utamanya di Malaysia.

Dua koleksi tersebut ialah HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean dan HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Coffee Bean, dengan pensijilan Halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!