Duda tunjuk kemaluan dipenjara lima bulan

Ahmad Zuhairi dijatuhkan hukuman penjara lima bulan setelah didapati bersalah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita.
Ahmad Zuhairi dijatuhkan hukuman penjara lima bulan setelah didapati bersalah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita.
A
A
A

YAN - Mahkamah Majistret Yan memerintahkan hukuman penjara selama lima bulan ke atas seorang duda setelah didapati bersalah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita, bulan lalu.

Majistret Anis Suraya Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Ahmad Zuhairi Ahmad Fadlah, 26, setelah didapati melakukan kesalahan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Hukuman itu dijatuhkan ke atas Ahmad Zuhairi bermula dari tarikh dia ditangkap.

Mengikut pertuduhan, dia dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan dua orang wanita dengan cara menunjukkan kemaluan supaya isyarat itu dilihat kedua-duanya.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Batu 22 Jalan Teroi menghala ke Sungai Yan, jam lebih kurang 11.45 pagi 5 Februari lalu.

Disebabkan itu, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sinar Harian 5 Februari lalu melaporkan seorang duda dikesan berkelakuan tidak senonoh terhadap dua wanita ketika menunggang motosikal dari arah yang sama.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 27 tahun bersama seorang lagi wanita dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum terserempak dengan lelaki terbabit yang disedari berkelakuan tidak senonoh tanpa segan silu menunjukkan kemaluannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!