Emilia dibenar pinda tuntutan harta sepencarian

Emilia (tiga, kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, bagi kes harta sepencarian dengan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin pada Isnin.
Emilia (tiga, kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, bagi kes harta sepencarian dengan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin membenarkan permohonan interlokutori Emilia Hanafi untuk meminda pernyataan pembelaan dan tuntutan balas bertarikh 27 Mei 2022, dalam kes harta sepencarian dengan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Hakim Syarie, Abdul Shukor Abd Hamid turut memerintahkan penyata pembelaan dan tuntutan balas terpinda untuk memperincikan atau menambah senarai harta, difailkan pada 27 Mac depan.

Kos sebanyak RM1,000 turut dikembalikan kepada SM Faisal selaku responden.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada jam 2.30 petang, 17 April ini.

Prosiding ini dihadiri oleh peguam syarie, Azmi Mohd Rais bersama anak guamnya, Emilia manakala peguam syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff dan Izzah Shakirah Mohd Sukor bagi pihak SM Faisal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!