Arab Saudi pemurah deposit RM22.3 billion kepada Turkiye

Bangunan Bank Pusat Turkiye (TCMB) yang terletak di Ankara. - Foto AFP
Bangunan Bank Pusat Turkiye (TCMB) yang terletak di Ankara. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi mendepositkan AS$5 billion (RM22.3 billion) dalam bank pusat Turkiye, sebagai rangsangan besar-besaran kepada negara yang kini bergelut inflasi dan kerosakan teruk akibat dilanda gempa bumi dahsyat Fabruari lalu.

Menteri Pelancongan Arab Saudi dan Pengerusi Lembaga Saudi Fund for Development, Ahmed Al Khateeb telah menandatangi perjanjian dengan Gabenor Bank Pusat Turkiye, Sahap Kavcioglu dengan mendepositkan AS$5 billion ke bank pusat tersebut.

"Deposit ini adalah bukti kerjasama erat dan hubungan sejarah yang wujud antara kerajaan Arab Saudi dan Republik Turkiye serta rakyatnya yang bersaudara," menurut kenyataan itu.

Tambahnya, keputusan tersebut akan menambah rizab Turkiye dan membantunya memerangi inflasi yang dibuat atas perintah Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman.

Langkah tersebut disifatkan menyerlahkan lagi hubungan antara Riyadh dan Ankara selepas insiden pembunuhan wartawan dan pengkritik kerjaan Arab Saudi, Jamal Khashoggi pada 2018 di konsulat di Istanbul.

Turkiye mengalami inflasi yang tinggi dengan nilai matawang semakin lemah sebelum gempa bumi besar 7.8 magnitud sehingga menggegarkan Syria yang kini mengorbankan lebih 50,000 orang. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!