Sabah lebar rekod tanpa kalah

Pemain pertahanan Kuching City FC , Aylton Ferreira (kiri) dikejar oleh penyerang Sabah FC, Darren Yee pada perlawanan saingan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. - Foto Bernama
Pemain pertahanan Kuching City FC , Aylton Ferreira (kiri) dikejar oleh penyerang Sabah FC, Darren Yee pada perlawanan saingan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SABAH FC melebarkan rekod tanpa kalah saingan Liga Super 2023 apabila menewaskan Kuching City FC, 2-1 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching pada Isnin.

Tiga mata diraih The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menyaksikan kelab kepulauan Borneo tersebut mengumpul mata maksimum sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Sementara itu, The Cats kendalian Irfan Bakti Abu Salim kekal dengan tiga mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Tampil beraksi di padang becak menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mencari rentak permainan dalam perlawanan itu.

Sabah tampak lebih dulu berjaya menyesuaikan diri apabila mula mendahului hasil jaringan pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-24 yang menyudahkan hantaran Park Tae-su bagi menewaskan Julian Schwarzer.

Bagaimanapun Sabah yang dibarisi para pemain berpengalaman kembali menyamakan kedudukan hasil sentuhan Abu Kamara menewaskan Damien Lim pada minit ke-47.

Babak kedua The Cats lebih menguasai permainan, namun beberapa percubaan jentera, serangan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan berikutan keampuhan barisan pertahanan The Rhinos.

Sabah yang sekali sekala melancarkan serangan akhirnya berjaya menemui gol yang dicari apabila bintang import Portugal berusia 30 tahun, Telmo Castanheira memanfaatkan kesempatan di depan gawang tuan rumah bagi menewaskan Schwarzer pada minit ke-58.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!