[VIDEO] Syamsul, Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah sebutan kes cerai

Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah pada pagi Selasa.
Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah pada pagi Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah di sini berasingan, masing-masing jam 9 dan 9.38 pagi Selasa, bagi prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan isterinya, Puteri Sarah.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif, memfailkan permohonan berkenaan pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.

No Image Caption

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!