Tunai janji, Tya Arifin kongsi jantina anak
PELAKON yang juga isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin menunaikan janjinya untuk berkongsi jantina anak sekiranya posting sebelum ini mendapat 1,000 komen.
Dan semalam menerusi akaun Instgramnya, Tya telah berkongsi video pendek mengenai jantina di dalam kandungannya itu.
"Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan Disember tahun lalu. Terima kasih Ya ALLAH atas rezekimu. It’s a Girl. "Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sihat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar," tulisnya.
Dalam video tersebut, Tya meminta abang, adik ipar, ibu dan bapa mertua termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, meneka jantina di dalam kandungannya itu.
Kebanyakan mereka meneka Tya hamil bayi lelaki.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin berkahwin dengan Asyraf pada 1 November 2015.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, dua tahun, yang pernah menjadi pilihan Si Cilik MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!