Kenyataan KDN jelas tiada pelanggaran perlembagaan UMNO

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kelulusan usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti berkenaan cukup menjelaskan tiada pelanggaran kepada peraturan dan perlembagaan UMNO berhubung usul PAU2022.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebelum ini dia sudah jelaskan mengenai perkara tersebut.

"Saya ucapkan terima kasih di atas kenyataan KDN, ia bukan kali pertama kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

"Maka kita terus melangkah ke hadapan untuk mendekati dan membantu rakyat," ujarnya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, pihaknya telah meneliti mengenai ketetapan yang telah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lepas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!