Misi cari mangsa tanah runtuh di Indonesia masih diteruskan
JAKARTA - Misi mencari sekurang-kurangnya 47 orang yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di kepulauan Natuna, Indonesia masih diteruskan dan 10 disahkan maut setakat ini, kata seorang pegawai pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Patli Muhammad berkata, sekurang-kurangnya empat orang cedera parah selepas bertan-tan lumpur memenuhi kawasan kejiranan di daerah Serasan berikutan hujan lebat pada Isnin.
Beliau berkata lebih 1,200 orang hilang tempat tinggal.
Cuaca buruk dan kawasan kejadian yang sukar diakses menghalang usaha menyelamat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!