Surat tular: 'Hari ini saya selamat' - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kerajaan Negeri Sarawak. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kerajaan Negeri Sarawak. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung surat tular yang didakwa milik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di laman sosial pada Selasa.

"Hari ini, saya selamat", kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bersama Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa.

Respon Ahmad Zahid ini ialah selepas Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang memberi gambaran bahawa fokus sidang media berkenaan tertumpu kepada perkara kemajuan desa dan wilayah sahaja.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Sim Kui Hian, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Tular di media sosial pada Selasa, surat didakwa daripada RoS berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Ia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang pada 18 Mac depan.

Surat berkenaan yang disiarkan menerusi Facebook Planetmalaya antara lain memaparkan kandungan surat terbabit yang dikatakan keputusan RoS terhadap usul tambahan tersebut.

"Ini adalah surat RoS di mana keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah TIDAK SAH," dakwa Planetmalaya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!