Bomba selamatkan pendaki warga British cedera di Gunung Jasa

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan untuk menerima rawatan selepas dibawa turun dari Gunung Jasa, Cameron Highlands pada Selasa.
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak kesihatan untuk menerima rawatan selepas dibawa turun dari Gunung Jasa, Cameron Highlands pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pendaki wanita warga British yang mengalami kecederaan ketika mendaki Gunung Jasa, Cameron Highlands berjaya diselamatkan pada Selasa.

Operasi menyelamat mangsa, Lindsay Megan Rose, 26, dan rakannya dilakukan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.17 tengah hari.

Menurutnya, mangsa dipercayai mendaki gunung itu bersama rakannya yang juga warga British (selamat).

"Ekoran kecederaan dialami, mangsa tidak dapat meneruskan perjalanan sehingga terpaksa menghubungi pihak berkuasa untuk diselamatkan.

"Mangsa berjaya dibawa turun menggunakan alat pengusung sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!